Tuesday, 2 July 2013

Ada Satu R A H S I A Buat Anda :D


Salam & hai semua :)
Hari ini JN nak kongsi 1 rahsia :D
Haaa nak tau tak?
Mungkin khas untuk golongan wanita la kot,
especially yang suka shopping & kumpul handbag :D
Nak tau? Jeng jeng jenggg :D

----> RAHSIA beg tangan PVC/Vinyl kegemaran anda kekal cantik dan tahan lama :D

 CARA penjagaan yang betul? Tak perlu MODAL besar!


Bahan-bahan yang diperlukan untuk tugasan mencuci ialah :
1) Kain lap
2) Sabun basuh baju (jenis 'light')
3) Span lembut
4) Bahan pelindung vinyl (boleh didapati di pasaraya, di rak produk kecantikan kereta)
5) Febreeze

Cara-caranya :
- Kosongkan handbag terlebih dahulu. (mestilaa kan, hehe)
- Campurkan sedikit sabun basuh baju dengan semangkuk air sejuk/suam.
- Celupkan span yang bersih dan perah hingga tiada air yang menitik.
- Gosok perlahan-lahan permukaan luar beg tangan anda
- Bilas span sehingga tiada lagi bahan pencuci dengan mencucinya dengan air bersih.
- Lap sisa-sisa sabun pada beg tangan dan pastikan permukaannya 

benar-benar kering dan bersih.
- Semburkan handbag dengan semburan yang ringan berasaskan silikon protectant vinyl (selalu digunakan untuk membersihkan dashboard kereta).
- Lap handbag dengan kain yang bersih.
- Semburkan bahagian dalam handbag dengan febreeze untuk memastikan ia berbau segar.

Biarkan handbag anda kering kemudian anda akan nampak hasilnya!


Mudah je kan?

Moga bermanfaat yea :D